Friday, November 2, 2012

Manisnya Cupcakes

Feel weird looking at my Malay title?

My very main dream after I reached Form 4 was to become a journalist. I love writing "cerpens" or also known as short stories in Bahasa Malaysia. I wrote them a lot during exams. But ever since I stepped out from high school, I never once touched BM books or write in BM again. I feel so ashamed now looking back at my cerpen which was published in my School Magazine 2 years back. May I tell you the story here? :)

          Awan-awan putih menghiasi ruang legar yang biru itu. Burung-burung menciut gembira sambil mengembangkan sayapnya. Matahari menyinari setiap inci kulitku dengan habanya yang memanaskan. Titik-titik peluh mula membasahi dahiku. Aku menyusun cupcakes itu dengan kemas. Manik-manik berwarna-warni bersinar di bawah pancaran cahaya matahari. Aku bukanlah sesiapa tetapi hanya seorang penjual cupcakes yang menjadi kegemaran orang zaman kini.

          Aku seorang yang gagal. Aku telah menghampakan kedua orang tua aku. Akulah sepatutnya menjadi harapan tunggal mereka. Abang aku telah lama meninggalkan keluarga kami yang serba kekurangan ini. Agaknya, dia malu dengan kami. Orang tua ku cukup pedih hati mereka. Namun, aku tak berdaya hendak buat apa-apa. Cupcakes, itu sahaja kepandaianku. Aku mendapat keputusan yang teruk damn peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Harapan orang tuaku musnah begitu sahaja. Hairan. Aku hanya minat dalam membuat kek-kek kecil dan comel ini. Mereka bagai rakan-rakanku yang tidak pandai berkata-kata. Aku meletakkan seluruh isi hati aku pada mereka. Ya, itu hala tujuku.

          "Cupcakes for sale. Buy 5 free 1. Come and have a look." Aku cuba memujuk-mujuk orang yang lalu-lalang di Taman Birch ini. Aku hanyalah penjaja tepi jalan yang sentiasa dipandang rendah. Siapa yang sangka, seorang wanita kecil menjual kek ala Inggeris ini di tepi jalan berhampiran dengan taman yang cukup indah. Namun, itu sahajalah yang mampu aku buat untuk menyara kehidupan orang tua ku. Tiap-tiap hari, aku mengulangi kehidupan yang sama. Pukul 6 pagi sudah mula menyediakan bahan-bahan untuk resipi cupcakes ini. Tetapi entah mengapa, aku gembira membuat kek kecil ini. Warna-warna gula aising yang menghiasi permukaan kek yang biasa itu bagai memujuk hatiku yang sepi. Dengan hati yang riang, aku pergi membuka gerai. Bukan setiap hari aku mendapat balasan yang lumayan. Adakalanya, hanya seorang dua yang sanggup membeli daripada aku. Tetapi, aku gembira ketika melihat riak muka mereka yang menikmati cupcakes aku. Puas sungguh rasanya.

          Hari ini, aku keluar seperti biasa. Tetapi, siapa yang sangka, suatu perkara yang pelik telah berlaku. Aku yang sedang mengelamun sendirian pada cupcakes itu tersedar dengan satu bunyi hon yang kuat. Tiba-tiba, sebuah kereta berwarna hitam menuju ke arahku dengan cepat sekali. Aku tergamam. Dalam sekelip mata sahaja, geraiku musnah. Cupcakes yang tidak terdaya itu jatuh ke atas tanah dan habis penyek digilis tayar kereta tersebut. Aku pula jatuh dari kerusiku. Kereta itu terbabas ke belukar. Aku yang baru sedar dari kejutan itu dibantu oleh orang yang lalu-lalang.

          "Pemandu kereta tu, buta ke? Ish...teruk betullah. Habis periuk nasi aku hari ini." Aku bisik sendirian.

          Tidak lama kemudian, seorang lelaki yang berpakaian kot keluar dari kereta itu sambil menekankan kepalanya dengan tangan. Ya Tuhanku,berdarah teruk betul lelaki itu. Tidak diendahkan lukanya, dia berlari ke arahku.

          "Miss, are you okay? Do you need to got to the hospital?"

          "Tak payah. I'm fine. Baik kamu pergi hospital cepat sebelum keadaan kamu menjadi lebih teruk."

          "Oh, kamu orang tempatan rupanya. Saya minta maaf kerana melanggar gerai kamu. Saya akan membayar ganti rugi kamu."

          "Tak apalah. Itu kita bincang kemudian."

          Tidak lama kemudian, ambulans pun sampai. Rupa-rupanya kereta itu hilang kawalan kerana jalan yang berlubang itu. Aku balik rumah setelah mengemas geraiku yang hampir musnah. Aku tidak putus asa. Keesokan hari, aku cuba membaiki geraiku. Akhirnya, berjaya juga. Bolehlah aku berniaga lagi.

           Setelah hampir 3 hari, aku telah melupakan kejadian itu. Aku tidak mengharap yang lelaki itu akan datang membayar ganti rugi. Anggaplah itu satu hari yang malang. Aku mengelamun lagi. Tiba-tiba, bahu aku ditepuk.

          "Hi, ingat tak saya?"

          Aku hampir tergelak melihat kepalanya yang dibalut seperti ketupat itu.

          "Tentulah. kamu lelaki yang terbabas hari itu."

          "Ya. Saya datang untuk membayar ganti rugi."

          "Oh. Kamu ingat rupanya. Saya dah lupa pun tentang hal itu."

          Dia menghulurkan satu sampul putih padaku. Mataku terbeliak apabila melihat amaun duit yang tertulis pada cek itu.

          "RM3000? Saya tak perlu begitu banyak. RM500 pun dah cukup."

          "Tak apalah. Anggap je sebagai pampasanku pada kamu. Kamu terkejut juga kan hari tu? Saya minta maaf."

          "Tapi...."

          Belum sempat aku bercakap, dia menyampuk.

          "Boleh saya cuba satu? Nampak sedap."

          Dia berfikir sebentar cupcakes mana yang patut dicuba. Dia mecapai cupcakes kegemaranku yang dipanggil Flower Dreams itu. Cream berperisa blueberry dengan inti chocolat dihiasi dengan sekuntum bunga yang diperbuat daripada gula.

          "Sedapnya. Boleh bagi saya setengah dozen? Saya nak beli untuk kawan saya."

          "Of course."

          Aku membungkus cupcakes itu dengan cantik dan menyelit cek itu kembali ke dalam kotak. Tak sanggup saya menerima wang yang banyak itu.

          Pada keesokan hari, lelaki itu datang lagi.

          "Kamu tak terima wang saya? Mengapa?"

          "Tak sanggup saya menerima wang yang banyak itu."

          "Well, okay then. Boleh bagi saya sedozen Flower Dreams hari ini?"

          "What? Sedozen?"

          "Ya, rakan-rakan saya cukup menggemarinya."

          Mulai hari itu, perniagaan aku bertambah baik. Banyak syarikat yang mengadakan majlis, menempah cupcakes daripadaku. Keuntungan aku juga bertambah. Maka, wang aku cukup untuk membenarkan aku menyewa sebuah kedai kecil dan menjual cupcakes ku di situ. Chris, lelaki itu, banyak membantu aku mengembangkan perniagaanku. Dia menolong aku membuka sebuah laman web di internet. Percintaan kami turut berkembang seperti perniagaanku. Kehiduapn keluarga aku juga beransur baik. Orang tuaku bangga melihat kejayaanku.

          Hari ini, genaplah setahun kami bersama. Seorang peniaga yang berjaya dan seorang penjual cupcakes. Padanan yang pelik bukan? Dia cuba memujuk aku menghentikan perniagaan aku dan berjanji untuk menjagaku. Tetapi, aku membantah.

          "Pernah tak kamu dengar satu peribahasa yang berbunyi genggam bara api, biar sampai menjadi arang. Itulah saya. Saya mahu menjadi penjual cupcakes yang paling berjaya."

          Dengan pelanggan tetap yang banyak, akhirnya saya berjaya. Aku telah menjadi seorang penjual cupcaes yang terkenal di seluruh Malaysia. Flower Dreams aku mendapat sambutan yang hangat sekali. Aku telah mampu menyara orang tua aku tanpa bergantung pada orang lain. Sekiranya kita hendak berjaya, kita haruslah berusaha bersungguh-sungguh dan merebut peluang yang sedia ada. Kita janganlah berputus asa.

          Aku membuka saut demi satu kedai di seluruh Semenanjung Malaysia. Kedai aku diberi nama Manisnya Cupcakes. Banyak orang yang bertanya mengapa nama itu? Alasannya mudah sahaja. Kerana aku berharap cupcakes aku dapat menjadikan kehidupan semua ornag lebih manis lagi. Aku tersenyum lebar.

__________________________________ 

At last I finish type it out -___- My god. i took almost 2 and a half hours to type it! So please read it! I wrote this 2 years back for my BM exam. Do leave your comment below too if you have any! I will really appreciate it. Plus, all your comments will be my power to continue writing.

OH YESH. I'm going to H-Artistry by Hennessy tomorrow night at MIECC. Wanted to go so badly but couldn't find the pass from anyone. So I decided to join the contest organized by MTV Asia. Mad happy when I got their email! Won 4 passes :D

Thank you Darren for fetching me to Bandar Utama to collect it.
Will be attending this event with Yong Tin, Darren and his friend. BLOCK B WE ARE COMING AFTER YOU! LOL. It's my main purpose of attending it. Free drinks too! :P

By the way... how was ur Halloween? Last year I was a red pyjamas ghost but this year I'm lazy .__. Decided to go for school girl look but guess not much of my classmates dressed up. But here is one. OUR FAMOUS BLOGGER JAM!!! XD We almost met an accident because he looks sooooo freaking funny wearing that!!!

Don't he looks like some KPOP girls group member? LOL

Also had Bak Kut Teh as dinner with Cheryl, Lyn and Joanne :D Best comfort food ever during rainy days! 

Favorite Chuan Chiew Bak Kut Teh at SS14!
 End this post with a photo of me slacking at Hui Ling's hostel! SUPER COMFY AND GOT ASTRO TO WATCH! I jelly! D:

Joanne, Hui Ling, Lala and ME! :3
Gonna end it now. Super exhausted after a long day!! Goodnight!


No comments:

Post a Comment